30.6.11

hadzim dah 2tahun dah!

alhamdulillah hadzim dah 2 tahun dah hari ni.
gigi pon dah penuh semua tempat (rasanya laa). cuma degil time nak suruh gosok gigi, kene bersilat sket dgn dia bila time nak suruh gosok gigi. asyik nak makan ubat gigi jek dia suke.

agak lasak sekarang. tapi masih terkawal (hadzim is not a hyper kids, so jgn suka-suka panggil anak org hyper if u dont know whats the different between hyper & active. go google yourself ok!).
cakap pon dah ok sikit. even tak brape pandai buat ayat lg. a simple one boleh laa, tu pon jarang sangat keluar dari mulut dia.
dah pandai tendang bola, tendang orang pon dah pandai! haihhhh. part ni kene monitor sikit.
dah pandai drama, mengada-ngada berlakon menangis.
kalau orang marah cepat-cepat pegi dan peluk dan cakap "sayanggggg". cakap "sorry" dah ajar tp xpernah dia sebut. ego!
dah reti suruh orang ketepi bila ada kereta nak lalu. comel!
kemaruk tengok dvd, movies. siang malam layan movie dia. hehe.
sangat suka memanjat. kejap panjat sana, kejap panjat sini. table top dapur pon dah dipanjatnya, nak tengok nenek masak apa atas dapur.

alhamdulillah, berhenti breastfeed dengan mudahnya pada umur sethn 10bulan. cuma kadang-kadang macam kemaruk nak t*t*k, selalu sondol-sondol muka dia kat t*t*k ibu. tapi bila tanya hadzim nak ke, dia terus cakap "nanakkkk" sambil buat muka malu-malu kucing haha.

dah improve makan sejak ambil appeton ni. berselera sikit. tp berat tak banyak naik pon huhu. as long in the range ok laa.

alhamdulillah jugak, tak pernah admitted hospital, klinik pon tak pernah pegi utk 2nd year ni. hadzim mmg jarang sakit / demam / batuk *bersyukur* cuma dia buat drama panic hari tu sebab telan syling 5 sen!


kronologi cerita telan syiling 5sen:

khamis (16/6/11), 8pm, ibu tengah sembahyang dan nampak hadzim tengah pegang syiling. tak sangka plak dia main sambil baring (sebelum ni pon hadzim pernah main syling tp tak pernah dia masukkan dalam mulut pulak). tiba-tiba bunyik hadzim tercekik. dah puas tepuk belakang dia tapi tak keluar pon syiling & hadzim nampak tenang siap senyum-senyum lepas telan syiling.
9pm, maklong datang check hadzim. maklong kata breathing hadzim normal, tp still esok kene pegi klinik kesihatan utk buat xray, utk pastikan tak tersangkut kat mana-mana.

jumaat (17/6/11) - hari ni birthday ibu. hadiah birthday ibu kene bawak hadzim pegi klinik xray pulak.


 hadzim kat klinik kesihatan untuk di x-ray.


 duit syling dah sampai bawah dah, tinggal nak keluar ikut dubur melalui najis sahaja. doctor cakap no worries. dapat ubat berak utk hadzim.


 kesian hadzim kene paksa berak, sakit perut. tapi tak keluar-keluar jugak syilingnya. kene monitor tahi dia utk 2 3 hari (tu pon ada kadang2 miss nak check) tp still tak jumpe syiling. dah laa berak ngeriiii gile.


 hadzim mcm biasa, tenang jek bermain-main. tak ada beza. makan pon mcm biasa.


 layan movie di laptop. tenang. haha


tak bawak pegi follow-up checkup sebab doctor kata in a week akan keluar syling tu.
tp tadi (30/6/11), di hari birthday hadzim pulak tu, ibu bawak hadzim utk checkup 2thn di kk. terus mintak utk xray lg utk make sure syiling dah keluar.


hadzim kene xray 2nd time. cool gile dia haha.


alhamdulillah dah tak de dah syiling tu. dah selamat dah keluar cuma kami tak perasan. hehe ;)

ni baru kisah 2nd year. kisah 3rd year dah jadi abang nanti tak tahulah apa pulak.
tapi ibu tetap seronok ada hadzim :)

happy 2nd birthday hadzim faeiq!