30.11.10

the day i dah 1thn 5bln

hadzim dah 1 thn 5 bln dah.

hadzim skarang sgt obses dgn lampu traffic light. ibu & ayah ajar kalau red, ckp "stop", kalau green, ckp "go". jadinya skarang, dari jauh nampak traffic light mmg hadzim excited sgt. nampak hijau jek hadzim terus ckp "goooooo".

berat hadzim naik sikit jek. kakak nurse bising lg kat ibu. tp kakak nurse cakap hadzim nampak aktif, so ok jek la. makan pon ok. berak pon ok. cuma hadzim tak bole ckp 2 perkataan lagi.

selera makan hadzim tak menentu. kalau mood ok hadzim makan byk, kalau mood tak ok hadzim tak mo makan. mood makan mcm selang 2 hari pon ye jugak (hari ni makan byk gile, esok xmo makan pulak). haih.

hadzim suka tengok dvd yg ibu selalu pasang kat tv. nnt hadzim joget nyanyi sekali.

13.11.10

the day i pegi water park

weekend minggu lepas ibu & ayah hadzim bawak hadzim pegi pedas wet world dgn cousin hadzim, safwa dgn pak long & maklong hadzim.

macam biasa, air dan hadzim tidak dapat dipisahkan. hihihi.
mandi sampai kechuttt.


hadzim suke mandi kat tempat dalam hokayy .. tak main la tempat cetek. entah brape kali terjatuh & terselam muka. hihihi. tp hadzim tetap suke.


ayah & ibu bawak hadzim naik slide yang panjang tu. sploh kali hadzim naik. turun jek slide hadzim pusing & cakap "nakkkkk" lagi .. hehe. hadzim sukeee.


*photo credit utk paklong & mak long hadzim

5.11.10

the day i dah 1hn 4 bulan

(sorry hadzim, ibu tak sempat-sempat nak update).

alhamdulillah. hadzim dah 16 bulan.
tak de latest photo plak to upload.

gigi hadzim masih sama kuantiti, 6 btg. tak tumbuh2 lg yg baru nampaknye. hehe. tp gigi atas dulu nampak mcm ada distance sket, tp skang dah rapat plak .. bagus.

as for today, hadzim baru boleh ckp "nak", "nanak (tak nak)" .. tu jek laa kot yg btol2 clear. ada few words kadang2 dia ikut org ckp bile dgr mcm aritu unclenye ckp "keco" then tetiba hadzim ckp "co" .. haha.

hadzim mmg dah pandai meniru apa org buat. sejak2 tgk ayah pakai minyak rambut pagi2 g keje, skrg pon hadzim pegang2 code 10 ayah pastu sapu2 kt rambut dia mcm ayah buat. comel!
kalau buat apa2 joget dpn dia pon nnt dia tiru.
bila thari je, dah pandai bg nenek tudung nenek, suruh pakai, sbb nak amik kakak darwisya (cousin hadzim) dari school.

dah reti naik dan turun kerusi meja mkn dgn sendiri (kerusi meja mkn rumah agak tinggi, ingatkan dia xpandai nak panjat, pandai jugak .. complete dgn turun) ..

apa lg? dah lupe .. perlu update selalu supaya tidak lupe progress!!

21.10.10

perkataan pertama hadzim

akhirnya, hadzim dah sebut 1 perkataan dengan jelas & betul.
perkataan itu ialah "nak".
baru start cakap minggu ni.
so kalau ada apa-apa yang dia mahu, dia akan tunjukkan jari dan cakap "nak".

i believe, more words to come!!


hadzim yang kepenatan & tak nak tido petang masa ni di rumah sepupunya. ibu pickup hadzim dan terus pengsan dlm kete (jam 6.30 ptg) dan sambung tido sampai esok pagi 7am.dahsyat btol! haha.

13.10.10

the day i dah pandai naik slide sendiri

hari ahad aritu pegi park kat klcc, ayah dah hajar hadzim flow naik & turun slide.
mula-mula naik tangga, pastu duduk, pastu baru turun slide.
kalau dulu ayah angkat hadzim letak kat slide terus, sekarang ni dah tau dah kene naik tangga dulu. pastu kene tunduk & duduk okkk kalau tak camne nak turun slide .. hehe.










ho yeeahhhhh. hadzim dah pandai dah naik turun slide sendiri. haruslah ulang lapan ploh kali.



ibu dah boring. tukar naik horse plak.




tapi hadzim still nak naik slide laaa!!



kene heret dgn ayah suruh balik. cukuplah untuk hari ni. sambung hari lain pulak ye.

30.9.10

the day i 1thn 3bulan




hadzim dah 1 thn 3 bulan dah.

smlm ibu bawak hadzim pergi check-up kat KK, skali timbang tengok berat hadzim turun dari 10.5kg kepada 10.1kg. kakak nurse suruh datang lagi untuk check-up 17 bulan nanti. patutnya dah tak payah dah (terus datang untuk check-up 18 bulan je), tp sebab berat tak sampai, maka kene datang lagi nanti. huhu.

tinggi hadzim naik 3 cm lg.

gigi hadzim masih maintain ada 6 batang jek.

hadzim tak boleh cakap sepatah pon lagi. hehe. tapi paham jek apa orang cakap.

ibu cakap hadzim dah degil sikit sekarang ni. hihihi.

ok tu jek update...

21.9.10

Kali ke-2 beraya!!!

gamba-gamba raya hadzim pada tahun ini.
beraya di Pedas-Kuala Pilah-Kuantan.


hadzim & baju raya kurta (*)


erkkk, sakit perut. makan byk sgt :P (*)


seronok tgk flash ketika ambil gambar


mintak ampun & duit raya dr atok (*)


lari-lari


cak-cak


bluekkk


ayah bawak hadzim jalan raya


kali ke-2 hadzim berhari raya


ni namanya jalan raya (sambil tgk bawah)


ayah dukung hadzim sebelum hadzim lebih tidak terkawal


raya ke-2 (*)


tido dlm kete sblm balik kampung ibu


hadzim & uncle faisya (adik ibu yg paling last)




p/s (*) photo credit to along & kak yunni

30.8.10

the day i dah 1thn 2bln

hari ni hadzim dah 14 bulan. alhamdulillah.

(photo credit to along & kak yunni)


hadzim dah tumbuh gigi atas lagi 2 batang. ni ialah gigi ke-4 & ke-6 hadzim.
air liur asyik meleleh jek sekarang.

hadzim tak boleh dan tidak mahu bercakap sepatah perkataan pon lagi. tapi dah faham kalau tanya shoes, mandi, pampers & etc.

hadzim suka mengajuk apa yang orang buat. bila nenek tengah kebas-kebas habuk kat kerusi, dia pon kebas jugak. bila nenek sapu meja dengan kain buruk, hadzim pon sapu jugak dengan kain. bila nenek tengah siram pokok bunga, hadzim pon amik gayung & siram pokok.

paling kelakar, bila ibu ajuk hadzim gaya berjalan masa berak (hadzim jalan terbongkok-bongkok masa tgh berak), hadzim pon jalan bongkok-bongkok nak ajuk ibu. haha. comel!


hadzim dah boleh tendang bola.

hadzim suka memanjat dan buat stunt.
hadzim suka panjat meja & berdiri atas meja.
hadzim suka panjat atas tong beras untuk capai apa yang kat atas sink dapur.
hadzim suka panjat atas basikal & berdiri atas seat basikal.


(photo credit to arief)


hadzim cuba minum air barbican perisa lemon hari tu. sedap! hadzim suke.

selera makan hadzim sekarang dah bertambah. hadzim suka makan. kalau breakfast tu hadzim suka makan quaker oat, 1 mangkuk penuh, confirm habis.

hadzim sekarang dah tidur sendiri kat katil hadzim. so far ok. kalau dah pagi hadzim bangun tengok tak de orang, hadzim pegi bilik nenek carik nenek, atau pon pegi bilik ibu carik ibu. kalau tak de orang jugak hadzim turun tangga terus carik orang kat bawah. hadzim dah big boy!

19.8.10

the day i jadi drama king

hadzim sekarang dah reti merajuk kalau kene marah.
hehe.









nenek selalu cakap "cantik sangat laa muka macam tu?"
hihihi.

31.7.10

the day i dah 13 bulan

hadzim dah 1 tahun 1 bulan dah.
alhamdulillah lepas cucuk setahun hari tu hadzim tak demam pon (nurse kata cucuk setahun kuat sikit, boleh demam lepas seminggu cucuk).
gigi masih 4 batang lagi. tak de unsur-unsur nak tumbuh gigi baru pon lagi.

hadzim dah boleh faham apa orang cakap.
bile ada barang kat tangan hadzim, ibu cakap "put it back", atau pon "give to ibu".
bile ibu cakap "hadzim nak t*t*k?", hadzim terus pegi kat ibu & selak baju ibu.
bile hadzim main kat tempat lain, nenek panggil hadzim, hadzim dah bole balas panggilan nenek.
bile waktu petang, nenek cakap "haa tu ibu dah balik", cepat-cepat hadzim pergi depan pintu nak tengok ibu balik.
bile ayah balik rumah (weekend), hadzim nak lepak dgn ayah jek, dgn ibu tak mo dah. hehe.

uncle faeez ajar hadzim ntah apa-apa jek. dia ajar hadzim kempis & kembungkan perut. sekarang hadzim dah bole buat dah. bile org ckp "hadzim buat perut" hadzim pon kembung & kempiskan perut hadzim sambil selak baju. hadzim suke tengok orang lain gelak dgn keletah hadzim. hehe.
uncle faeez pon ajar hadzim joget sambil hentak-hentak kaki.
dulu uncle faeez ajar hadzim joget sambil geleng-geleng kepala, lepas tu angguk-angguk kepala pulak. hehe.

so far selera makan hadzim dah bertambah. hadzim makan nasi banyak (tapi tengok mood jugak hadzim ni). kalau tak makan nasi ibu ganti makanan lain. berat hadzim pon dah naik sikit.


mak long hadzim ajar hadzim kelip-kelip mata. sekarang bile ibu / nenek ckp "hadzim where's your eyes?", hadzim kelip-kelip mata hadzim.


hadzim nganga mulut besar-besar bile nenek nak suap makan & cakap "hadzim open your mouth biggg"


hadzim suke memanjat. atas basikal pon nak buat stunt.


hadzim suke nak tolong menyapu jugak ..

hadzim sekarang dah start tido sendiri kat katil baru hadzim, kat bilik hadzim.
tak tido bawah ketiak ibu lagi dah ..

30.7.10

hadzim budak bertuah #1

semalam (29/7/10), 6pm, ibu & nenek tengok hadzim tengah main-main dgn sepupu hadzim, kak darwisya kat car porch rumah.

masa kak darwisya tengah main basikal dia, hadzim pegi masukkan jari hadzim dalam tempat rantai basikal tu (hadzim memang suke main rantai basikal tu kalau basikal tak gerak, tayar basikal pon hadzim suke main). lepas tu kak darwisya boleh plak kayuh basikal dia tanpa sengaja.
jari hadzim tersepit kat rantai basikal tu!!


bulatan merah - tempat 2 jari hadzim tersepit


apa lagi, 2 jari hadzim tersepit (jari manis & jari tengah hadzim). hadzim menjerit menangis meraung sekuat hati.
ibu cuba nak keluarkan jari hadzim, tapi tak boleh!! rantai sangat ketat.
air mata ibu sampai dah meleleh keluar (takut sangat, dalam otak berdoa biar jari hadzim tak patah ataupun putus). nenek & kak siti (maid maklong) pon sampai dah jerit-jerit suruh keluarkan jari tu cepat-cepat sambil menangis.

suasana memang panik giler.
dekat 2 minit baru ibu dapat keluarkan jari hadzim.
hadzim masih tak berhenti menangis lagi.
alhamdulillah, nasib baik jari hadzim tak putus, tapi berbekas rantai tu. terpenyek 2 jari hadzim.
mak long kata kalau bengkak maksudnye patah. nasib baik jari hadzim tak bengkak. darah pon takde.
cepat-cepat nenek & ibu sapukan krim gamat (sebab cari minyak gamat xjumpe pulak). dalam masa sejam barulah kulit kat jari hadzim tu dah terbentuk balik.

alhamdulillah. nasib semua selamat.
mlm tu hadzim bersuka ria macam biasa.
huh, lega hati ibu.

29.7.10

hadzim suke main kat dapur

tak tahulah kenapa hadzim ni suke sangat main kat dapur.
dah boring main kat depan, g main kat dapur plak.
semua sepupu pempuan hadzim tak de plak suke main kat dapur, hadzim jek yang suke sangat pegi dapur.

hadzim pantang dengar ada orang pakai batu tumbuk, mesti hadzim cepat2 g dapur, nak tolong tumbuk sekali.

hadzim suke main bekas beras tu. kalau dapat bukak bekas beras tu mmg syok sbb hadzim dapat godek-godek beras.

hadzim suke main tutup botol minyak masak tu. lepas bukak hadzim nak pasang balik.

paling favourite, main periuk!! mungkin sebab bunyinya yang bising sangat tu. hadzim sukeee.

hadzim suke jatuhkan botol2 yang dekat almari tu.

hadzim suke bukak pintu almari & tarik pinggan mangkuk keluar. dah brape banyak dah pingaan mangkuk ibu pecah. hihihihi.


paling terbaru, hadzim sekarang suke penyapu .. nak tolong nenek sapu rumah jugak .. hehe.


semalam ibu kat dapur, hadzim pon kat dapur jugak, ibu tak perasan pintu tak kunci, jadik hadzim keluar ikut pintu dapur & main barang-barang kebun nenek. puas ibu carik rupanya hadzim kat belakang rumah tengah main. hihihi.

27.7.10

the day i mandi laut (lagi)

ahad lepas hadzim ikut ayah hadzim yang ada lawan triathlon dia kat PD.
sampai sana pagi sangat, hadzim tido dulu. dlm pkl 8 tu hadzim bangun, ibu & nenek terus bawak hadzim g mandi laut.


bestnye pasir ni.


hadzim dengan cousin hadzim, kakak isya. dia pon ikut sekali.


sejuknye air laut pagi-pagi.


ni kali ke-2 hadzim mandi kat PD. first time dulu masa hadzim 6 bulan.


hadzim suke sangat ombak. bile ombak datang pukul hadzim, hadzim mengekek-ngekek ketawa.

ibu pergilah amik gamba ayah tu. hadzim nak main air & pasir laut ni.


entah berapa kali hadzim terbungkang dalam laut & minum air laut. hadzim tak takut air langsung.
ibu tak sempat nak snap gamba hadzim lagi sebab sibuk amik gamba ayah hadzim.


lepas bilas, hadzim dah lapar sangat. tunggu ayah kat finishing line plak sambil makan.