30.7.10

hadzim budak bertuah #1

semalam (29/7/10), 6pm, ibu & nenek tengok hadzim tengah main-main dgn sepupu hadzim, kak darwisya kat car porch rumah.

masa kak darwisya tengah main basikal dia, hadzim pegi masukkan jari hadzim dalam tempat rantai basikal tu (hadzim memang suke main rantai basikal tu kalau basikal tak gerak, tayar basikal pon hadzim suke main). lepas tu kak darwisya boleh plak kayuh basikal dia tanpa sengaja.
jari hadzim tersepit kat rantai basikal tu!!


bulatan merah - tempat 2 jari hadzim tersepit


apa lagi, 2 jari hadzim tersepit (jari manis & jari tengah hadzim). hadzim menjerit menangis meraung sekuat hati.
ibu cuba nak keluarkan jari hadzim, tapi tak boleh!! rantai sangat ketat.
air mata ibu sampai dah meleleh keluar (takut sangat, dalam otak berdoa biar jari hadzim tak patah ataupun putus). nenek & kak siti (maid maklong) pon sampai dah jerit-jerit suruh keluarkan jari tu cepat-cepat sambil menangis.

suasana memang panik giler.
dekat 2 minit baru ibu dapat keluarkan jari hadzim.
hadzim masih tak berhenti menangis lagi.
alhamdulillah, nasib baik jari hadzim tak putus, tapi berbekas rantai tu. terpenyek 2 jari hadzim.
mak long kata kalau bengkak maksudnye patah. nasib baik jari hadzim tak bengkak. darah pon takde.
cepat-cepat nenek & ibu sapukan krim gamat (sebab cari minyak gamat xjumpe pulak). dalam masa sejam barulah kulit kat jari hadzim tu dah terbentuk balik.

alhamdulillah. nasib semua selamat.
mlm tu hadzim bersuka ria macam biasa.
huh, lega hati ibu.

5 comments:

Auntie Rin said...

auntie rin bace pun rs nak bergenang air mata...huhuh..budak lelaki mmg mcm tu....lain kali hadzim jgn cucuk2 sebarang ye jari tu....

ashra said...

laa.siannye hadzim..aku dapat rasa perasaan ko masa tu..
alhamdulillah hadzim tak pape..jgn sedih2 lg k.
budak2 ni mmg,farah,semua benda nak main.sama lah dgn aleesya..kdg2,kita pun terlepas pandang

ms. lili@ said...

ngaaaa nervous gila aku bace !! terus terbayangkan situation korang waktu tuh.. and pastu imagine what if aku + khayr in the situation...

aduiiiiii baby boi memang lasak cenggini ehhhh..

ak yuyunz said...

haaaaaa... yaAllah nasib baik ajim xde pape la frh. adeihh tkt giler kak yun. nasib baik btl la... heee ajim ni turun naik darah ibu dibuatnya yer..

ibu hadzim said...

rin - time kaseh kerana memahami. cewahh.

ashra - tq :) yela ashra, mmg kene hati2. walopon dah hati2 tp still xcukup. budak2 akal sentiasa panjang :|

lia - ye lia mmg panic giler. mak aku pn ckp hadzim mmg "lain" dr 2 cousin perempuan dia tu. "lain" = lebih bertuah!! (xnak sebut nakal, sebut bertuah ok) so u be prepared! :)

kak yun - hehe. mmg pon. huhu. kalau ingat balik mmg panik tu xabis lg ..