16.12.11

wajah-wajah fina

wajah-wajah fina sebelum dibotakkan.
Fina akan dibotakkan asap!!!



 photo credit to along & kak yunni.






15.12.11

the day hadzim dah jadi abang :)

alhamdulillah.
hadzim officially jadi "abang" pada 26/11/2011.


ni adik perempuan hadzim. nama dia Hadfina Farwizah.


adik hadzim ni masuk NICU selama 4 hari.
jadi masa lepas ibu bersalin tu hadzim g hospital tak de nampak lg adik hadzim.
dah 4 hari baru ibu & ayah bawak balik fina ke rumah.
hadzim buat tak tau jek dgn baby... hihihi. tak bole terima kenyataan dah jadik 'abang' kottt :P

17.11.11

hadzim at 2years 5months


dah lama tak ambil gamba hadzim.
this is latest hadzim, with new hair cut.
ambil gamba dia puas-puas masa makan angin kat bukit tinggi sabtu lepas :)

















update hadzim at 2years 5months (sementara ibu ada masa & teringat hehe):
- dah nak jadik abang in few days.
- alhamdulillah, hadzim dah banyak berubah sekarang. dah tak mudah bergaduh lagi, especially dgn sepupu-sepupu dia. legaaaanya ..! rasanya mcm phase terrible 2 dah lepas dah :)
- selera makan yang makin ok. tapi still continue makan appeton :)
- lebih paham kalau kene marah, tak de laa buat tak tau jek.
- kemas mainan sendiri sebelum naik tido or kalau disuruh kemas.
- reti guna cursor laptop to make them move utk exit movie dan tukar movie sendiri (haaa ni kadang2 geram sbb baru tengok sikit dah tukar cite lain hehe. tak kisahlah asalkan kau bahagia nakkkk).
- mengada-ngada sekarang sebab tetiba tukar panggil "abu" instead of "ibu". apakah ..?!!

31.10.11

the day i 2y 4m



dah lama ibu tak amik gamba hadzim.
ni pon capture sikit jek kalau sempat capai camera phone. hehe.

last 2 months hadzim mmg byk buat perangai, which is terlebih aktif dan agak suka buli budak lain yang dia rasa dia bole makan ... aduhai anak.
sekarang ni kadang2 drama sikit, nak suruh ikut kehendak dia jek. kalau tak dapat nangis .. tapi ibu selalu ugut nak letak hadzim dlm store, barulah senyap. haih. ayah cakap tak baik mengeluh.

nak mandikan hadzim pon agak mencabar sekarang. apa ntah lg nak pakai baju.
dah terer jugak main basket. skang tgh train baling jauh2 haha. comel.
agak kuat layan movie. kadang2 ibu risau jugak.
dah terer sgt main angry bird, habis smua level dah unlock, bukan ibu / ayah yg unlock kan. game lain pon terer gak. fast learner. main game sampai habis bateri iphone ayah. haishhhh.

vocab dah improve sikit2.
dah bole cakap nama sendiri dan paling seronok sebab dia tak cakap "ajiim" tapi "hadzim".
masih tak bole buat full sentence. tak pe, ibu akan tunggu.

dulu target ibu nak potty train hadzim bila hadzim dah 2thn. tapi tak dapat sebab hadzim tak petah bercakap lg. harap2 by jan 2012 (hadzim at 2 1/2y) ibu dah bole start potty train hadzim.

ibu harap hadzim lebih behave lepas ada adik nnt. insyaAllah.

13.9.11

hadzim & sepupu berjalan raya.

pakai sunglass sorang satu .. nanti kang berebut plak ...

7.9.11

gambar-gambar hadzim beraya 2011

 kenapalah mesti senyum begitewww hadzim oiii ..?

 mengadawww

 gamba terbaekkk dgn ibu

 nampak camera jek terus static

 dgn atuk favourite. xmo jalan raya naik kete ayah langsung. nak naik kete atuk jek ...

tgk .. kepit dgn atuk manjang ...

 cuba paww uncle faeez punye iphone ...

 beramah mesra dgn bird real punye (bukan angry bird)

 beramah mesra dgn angry bird ...

 pengsan akhirnye

raya versi kemeja plaks

 hobi sekarang .. sikit2 nak korek hidung .. haihsss

 dengan nenek, ibu, ayah & uncle2 hadzim

 raya makan coco crunch

lepas buat kuih raya .. hihihihi

30.6.11

hadzim dah 2tahun dah!

alhamdulillah hadzim dah 2 tahun dah hari ni.
gigi pon dah penuh semua tempat (rasanya laa). cuma degil time nak suruh gosok gigi, kene bersilat sket dgn dia bila time nak suruh gosok gigi. asyik nak makan ubat gigi jek dia suke.

agak lasak sekarang. tapi masih terkawal (hadzim is not a hyper kids, so jgn suka-suka panggil anak org hyper if u dont know whats the different between hyper & active. go google yourself ok!).
cakap pon dah ok sikit. even tak brape pandai buat ayat lg. a simple one boleh laa, tu pon jarang sangat keluar dari mulut dia.
dah pandai tendang bola, tendang orang pon dah pandai! haihhhh. part ni kene monitor sikit.
dah pandai drama, mengada-ngada berlakon menangis.
kalau orang marah cepat-cepat pegi dan peluk dan cakap "sayanggggg". cakap "sorry" dah ajar tp xpernah dia sebut. ego!
dah reti suruh orang ketepi bila ada kereta nak lalu. comel!
kemaruk tengok dvd, movies. siang malam layan movie dia. hehe.
sangat suka memanjat. kejap panjat sana, kejap panjat sini. table top dapur pon dah dipanjatnya, nak tengok nenek masak apa atas dapur.

alhamdulillah, berhenti breastfeed dengan mudahnya pada umur sethn 10bulan. cuma kadang-kadang macam kemaruk nak t*t*k, selalu sondol-sondol muka dia kat t*t*k ibu. tapi bila tanya hadzim nak ke, dia terus cakap "nanakkkk" sambil buat muka malu-malu kucing haha.

dah improve makan sejak ambil appeton ni. berselera sikit. tp berat tak banyak naik pon huhu. as long in the range ok laa.

alhamdulillah jugak, tak pernah admitted hospital, klinik pon tak pernah pegi utk 2nd year ni. hadzim mmg jarang sakit / demam / batuk *bersyukur* cuma dia buat drama panic hari tu sebab telan syling 5 sen!


kronologi cerita telan syiling 5sen:

khamis (16/6/11), 8pm, ibu tengah sembahyang dan nampak hadzim tengah pegang syiling. tak sangka plak dia main sambil baring (sebelum ni pon hadzim pernah main syling tp tak pernah dia masukkan dalam mulut pulak). tiba-tiba bunyik hadzim tercekik. dah puas tepuk belakang dia tapi tak keluar pon syiling & hadzim nampak tenang siap senyum-senyum lepas telan syiling.
9pm, maklong datang check hadzim. maklong kata breathing hadzim normal, tp still esok kene pegi klinik kesihatan utk buat xray, utk pastikan tak tersangkut kat mana-mana.

jumaat (17/6/11) - hari ni birthday ibu. hadiah birthday ibu kene bawak hadzim pegi klinik xray pulak.


 hadzim kat klinik kesihatan untuk di x-ray.


 duit syling dah sampai bawah dah, tinggal nak keluar ikut dubur melalui najis sahaja. doctor cakap no worries. dapat ubat berak utk hadzim.


 kesian hadzim kene paksa berak, sakit perut. tapi tak keluar-keluar jugak syilingnya. kene monitor tahi dia utk 2 3 hari (tu pon ada kadang2 miss nak check) tp still tak jumpe syiling. dah laa berak ngeriiii gile.


 hadzim mcm biasa, tenang jek bermain-main. tak ada beza. makan pon mcm biasa.


 layan movie di laptop. tenang. haha


tak bawak pegi follow-up checkup sebab doctor kata in a week akan keluar syling tu.
tp tadi (30/6/11), di hari birthday hadzim pulak tu, ibu bawak hadzim utk checkup 2thn di kk. terus mintak utk xray lg utk make sure syiling dah keluar.


hadzim kene xray 2nd time. cool gile dia haha.


alhamdulillah dah tak de dah syiling tu. dah selamat dah keluar cuma kami tak perasan. hehe ;)

ni baru kisah 2nd year. kisah 3rd year dah jadi abang nanti tak tahulah apa pulak.
tapi ibu tetap seronok ada hadzim :)

happy 2nd birthday hadzim faeiq!

19.5.11

the day i mengenal haiwan

cuti hari pekerja hari tu ibu & ayah bawak hadzim attend birthday party kat KL bird park.
dapat laa hadzim tengok burung semua .. hadzim enjoyyy.





hadzim try bagi bird makan.


bird show.

hadzim sekeluarga bergambar dgn birds ..


lepas tu cuti wesak day lepas ibu & ayah hadzim bawak hadzim pegi rabbit funland dekat broga.
rabbit funland ni mcm mini zoo.


hadzim bagi kambing makan.


hadzim bagi rabbit pulak makan.


hadzim nak kawan dgn horse.


hadzim bg sheep makan.


hadzim takut dengan deer sbb dia pon takut dgn hadzim.



hadzim sekeluarga yang enjoy di cuti wesak.