31.7.10

the day i dah 13 bulan

hadzim dah 1 tahun 1 bulan dah.
alhamdulillah lepas cucuk setahun hari tu hadzim tak demam pon (nurse kata cucuk setahun kuat sikit, boleh demam lepas seminggu cucuk).
gigi masih 4 batang lagi. tak de unsur-unsur nak tumbuh gigi baru pon lagi.

hadzim dah boleh faham apa orang cakap.
bile ada barang kat tangan hadzim, ibu cakap "put it back", atau pon "give to ibu".
bile ibu cakap "hadzim nak t*t*k?", hadzim terus pegi kat ibu & selak baju ibu.
bile hadzim main kat tempat lain, nenek panggil hadzim, hadzim dah bole balas panggilan nenek.
bile waktu petang, nenek cakap "haa tu ibu dah balik", cepat-cepat hadzim pergi depan pintu nak tengok ibu balik.
bile ayah balik rumah (weekend), hadzim nak lepak dgn ayah jek, dgn ibu tak mo dah. hehe.

uncle faeez ajar hadzim ntah apa-apa jek. dia ajar hadzim kempis & kembungkan perut. sekarang hadzim dah bole buat dah. bile org ckp "hadzim buat perut" hadzim pon kembung & kempiskan perut hadzim sambil selak baju. hadzim suke tengok orang lain gelak dgn keletah hadzim. hehe.
uncle faeez pon ajar hadzim joget sambil hentak-hentak kaki.
dulu uncle faeez ajar hadzim joget sambil geleng-geleng kepala, lepas tu angguk-angguk kepala pulak. hehe.

so far selera makan hadzim dah bertambah. hadzim makan nasi banyak (tapi tengok mood jugak hadzim ni). kalau tak makan nasi ibu ganti makanan lain. berat hadzim pon dah naik sikit.


mak long hadzim ajar hadzim kelip-kelip mata. sekarang bile ibu / nenek ckp "hadzim where's your eyes?", hadzim kelip-kelip mata hadzim.


hadzim nganga mulut besar-besar bile nenek nak suap makan & cakap "hadzim open your mouth biggg"


hadzim suke memanjat. atas basikal pon nak buat stunt.


hadzim suke nak tolong menyapu jugak ..

hadzim sekarang dah start tido sendiri kat katil baru hadzim, kat bilik hadzim.
tak tido bawah ketiak ibu lagi dah ..

30.7.10

hadzim budak bertuah #1

semalam (29/7/10), 6pm, ibu & nenek tengok hadzim tengah main-main dgn sepupu hadzim, kak darwisya kat car porch rumah.

masa kak darwisya tengah main basikal dia, hadzim pegi masukkan jari hadzim dalam tempat rantai basikal tu (hadzim memang suke main rantai basikal tu kalau basikal tak gerak, tayar basikal pon hadzim suke main). lepas tu kak darwisya boleh plak kayuh basikal dia tanpa sengaja.
jari hadzim tersepit kat rantai basikal tu!!


bulatan merah - tempat 2 jari hadzim tersepit


apa lagi, 2 jari hadzim tersepit (jari manis & jari tengah hadzim). hadzim menjerit menangis meraung sekuat hati.
ibu cuba nak keluarkan jari hadzim, tapi tak boleh!! rantai sangat ketat.
air mata ibu sampai dah meleleh keluar (takut sangat, dalam otak berdoa biar jari hadzim tak patah ataupun putus). nenek & kak siti (maid maklong) pon sampai dah jerit-jerit suruh keluarkan jari tu cepat-cepat sambil menangis.

suasana memang panik giler.
dekat 2 minit baru ibu dapat keluarkan jari hadzim.
hadzim masih tak berhenti menangis lagi.
alhamdulillah, nasib baik jari hadzim tak putus, tapi berbekas rantai tu. terpenyek 2 jari hadzim.
mak long kata kalau bengkak maksudnye patah. nasib baik jari hadzim tak bengkak. darah pon takde.
cepat-cepat nenek & ibu sapukan krim gamat (sebab cari minyak gamat xjumpe pulak). dalam masa sejam barulah kulit kat jari hadzim tu dah terbentuk balik.

alhamdulillah. nasib semua selamat.
mlm tu hadzim bersuka ria macam biasa.
huh, lega hati ibu.

29.7.10

hadzim suke main kat dapur

tak tahulah kenapa hadzim ni suke sangat main kat dapur.
dah boring main kat depan, g main kat dapur plak.
semua sepupu pempuan hadzim tak de plak suke main kat dapur, hadzim jek yang suke sangat pegi dapur.

hadzim pantang dengar ada orang pakai batu tumbuk, mesti hadzim cepat2 g dapur, nak tolong tumbuk sekali.

hadzim suke main bekas beras tu. kalau dapat bukak bekas beras tu mmg syok sbb hadzim dapat godek-godek beras.

hadzim suke main tutup botol minyak masak tu. lepas bukak hadzim nak pasang balik.

paling favourite, main periuk!! mungkin sebab bunyinya yang bising sangat tu. hadzim sukeee.

hadzim suke jatuhkan botol2 yang dekat almari tu.

hadzim suke bukak pintu almari & tarik pinggan mangkuk keluar. dah brape banyak dah pingaan mangkuk ibu pecah. hihihihi.


paling terbaru, hadzim sekarang suke penyapu .. nak tolong nenek sapu rumah jugak .. hehe.


semalam ibu kat dapur, hadzim pon kat dapur jugak, ibu tak perasan pintu tak kunci, jadik hadzim keluar ikut pintu dapur & main barang-barang kebun nenek. puas ibu carik rupanya hadzim kat belakang rumah tengah main. hihihi.

27.7.10

the day i mandi laut (lagi)

ahad lepas hadzim ikut ayah hadzim yang ada lawan triathlon dia kat PD.
sampai sana pagi sangat, hadzim tido dulu. dlm pkl 8 tu hadzim bangun, ibu & nenek terus bawak hadzim g mandi laut.


bestnye pasir ni.


hadzim dengan cousin hadzim, kakak isya. dia pon ikut sekali.


sejuknye air laut pagi-pagi.


ni kali ke-2 hadzim mandi kat PD. first time dulu masa hadzim 6 bulan.


hadzim suke sangat ombak. bile ombak datang pukul hadzim, hadzim mengekek-ngekek ketawa.

ibu pergilah amik gamba ayah tu. hadzim nak main air & pasir laut ni.


entah berapa kali hadzim terbungkang dalam laut & minum air laut. hadzim tak takut air langsung.
ibu tak sempat nak snap gamba hadzim lagi sebab sibuk amik gamba ayah hadzim.


lepas bilas, hadzim dah lapar sangat. tunggu ayah kat finishing line plak sambil makan.

21.7.10

the day i pegi swim pakai neck float

ibu & ayah hadzim suka beli swim accessories for hadzim.
tak saba btol diroang nak hadzim cepat swim .. kehkehkeh.

paling baru, ibu beli swim float ni yang dah lama menjadi idaman hati ibu (bukan idaman hati hadzim ye).
ahad aritu mcm biasa ibu ayah bawak hadzim pegi swim (sbb ayah pon nak kene training traithlon dia, minggu ni nak lawan!!). dapat la hadzim test neck float hadzim tu. owh ya, hadzim pakai swim suit baru yg aunty ramlah (cousin ibu) bagi, hadiah birthday hadzim. hehe.



ayah pakaikan neck float kat hadzim


ayah bawak hadzim pegi tempat dalam. mula-mula mcm ok.. pastu hadzim rasa tak selesa plak. leceh laa kaki tak sampai lantai. hadzim asyik nak terapung. muka pon tak nampak air.


pastu tukar tempat yg cetek sikit, barulah hadzim dapat lompat-lompat sikit tanpa tenggelam. tapi lama-lama dah boring plak pakai float ni. tak mo pakai laa ..


kita main kat tempat cetek plak ye ibu? hehe


ibu kata lepas ni kene selalu pakai neck float ni, pastu baru la biasa. baru laa bleh guna kat tempat dalam sikit. pastu baru la cepat swim. hehe

9.7.10

the day i checkup 1 tahun

hadzim yang tak tentu arah jumpe air pancut .. semasa main pool di putrajaya


ibu bawak hadzim checkup 1 tahun kat klinik kesihatan rabu lepas (7/7).
bile timbang berat hadzim naik sikit jek, skang dah 9.4kg.
tinggi plak 80cm (atau mungkin lebih), sebab dah terlebih dr carta baring tu .. pasni kene ukur tinggi pakai carta berdiri plak kot. hehe.

mcm biasa nurse interview ibu tanya hadzim dah boleh jalan ke tak.
makan nasik dah ke.
dah bole sebut baba, mama ke tak..
dah pandai panjat tangga ke belum (hadzim naik tangga dulu baru berjalan laa kak nurse).

pastu nurse cucuk hadzim. cucuk MMR.
hadzim mcm biasa hekk sikit jek pastu rilek & tak nangis.
nurse kata inject setahun kuat sikit, maybe lepas seminggu inject baru start demam.
mintak-mintak hadzim ok jek ..

5.7.10

the day i makan durian

hadzim dan durian.


hadzim sukeeee makan semua jenis buah.
tak makan nasik pon xpe, asalkan dpt makan buah.